Ya Allah..susahnya nak jadi hambaMu yang terbaik..
macam-macam dugaan..semakin aku tekad perbaiki diri semakin kuat lah angin yang kau sampaikan pada aku..kadang kala tak larat diri ini menahan angin yang maha kencang..
Susah sangat hendak menjaga hati apatah lagi mulut..
Jika hati tidak disemai dengan baja yang bagus,macam mana daun,dahan serta bunga hendak subur?
Sungguh sukar Ya Allah..

Hari ini saja mungkin sudah acap kali aku sakitkan hati sahabat-sahabat disekeliling..mungkin tanpa aku sedari dan mungkin juga dengan aku sedari..
Ya Allah..susahnya hendak menjaga mulut..sering sahaja menyakiti sahabat aku..Apa aku dah buat ni?Ya Allah..
Kadang hati ini ego untuk mengakui setiap kealpaan yang telah aku lakukan..aku sombong..aku ingkar..Inilah diri ku..

Aku nak berubah!aku nak berubah!aku ingin menjadi muslimah sejati yang cintanya hanya kekal milik Allah..rasa rindu yang tak pernah pudar akan rindunya diri ini pada KekasihNya..pengorbanan dan kasih yang tak terbelah bahagi untuk kedua ibu bapa tercinta...

Kadang-kadang aku keliru dengan diri sendiri..aku keliru dengan sikap ku..aku tahu..Ku masih belum mengenali diri ini..kenal Allah,maka akan kenallah dengan diri sendiri..

Jiwa yang lahir atas dasar mengenali Allah akan membawa kepada mengenali apa yang jiwa ini perlukan..kenal Allah dahulu..Ingat..

-pesan pada diri ini-

Share:

0 comments