Assalamualaikum..tangan ini sudah tidak selincah dahulu untuk kembali menaip..lantaran kekangan waktu yang menuntut aku untuk lebih tumpukan pada pelajaran disamping tidak lupa meluangkan masa untuk Yang Maha Esa..
Dalam meniti hidup yang penuh mencabar dengan hadirnya pelbagai anasir-anasir luar lebih menuntut aku untuk lebih berhati-hati..melihat besarnya wanita membawa ancaman kepada Islam membuatkan aku lebih tekad untuk lebih berjaga-jaga..
Apa yang penting..ingat pesan ma dan abah tersayang..solat jangan pernah tinggal..walaupun puasa,bersedekah sampai habis harta sekalipun,buat baik sekalipun Allah takkan terima sebab tiangnya tiada..
Manakan hendak membina rumah jika tiang yang menjadi batu asasnya tiada..Duduk di tempat orang yang jauh dari ibu bapa menuntut aku untuk lebih berdikari..menuntut aku jaga diri sendiri..
Pohonku pada hati agar sentiasa tabah menghadapi hari-hari mendatang yang penuh dengan onak dan duri.Pohonku pada diri agar kuat dan cekal menjaga diri kerana ini adalah zaman fitnah..wanita juga adalah fitnah kepada Islam andai tidak dibajai dengan ketakwaan ..
Perkara yang sangat kekasih kita Rasulullah SAW takuti adalah fitnah wanita..Ku pupuk hati ini agar sentiasa waspada dalam apa jua tindakan kerana terlalu bimbang andai ia membawaku ke lubuk fitnah..
Jaga hati,jaga iman,jaga amal,jaga tangan,jaga kaki,jaga mata,jaga mulut,jaga pandangan..dan yang penting sekali jaga maruah..
Kalau benda ni kita tak jaga,bukan kita sendiri yang dapat sahamnya tetapi mak ayah kita,abang,adik lelaki,suami..MasyaAllah..
Tak dapat diakui,impian seorang wanita setelah menjadi seorang ibu adalah dikurniakan anak yang soleh dan solehah..begitu juga aku..Tetapi,jika rahim yang membawa insan tersebut penuh gelumang dosa mahukah Allah kurniakan yang terbaik juga..
Bukan dalam mencari jodoh sahaja kita perlu menjadi yang terbaik untuk mendapatkan yang terbaik..sama jugalah dalam proses penyambungan generasi..untuk mendapatkan generasi yang terbaik ibu bapa juga haruslah terlebih dahulu menjadi yang terbaik..
Ingatlah..anak soleh dan solehah hanya lahir dari rahim seorang ibu yang bertakwa dan dibenihi dari seorang ayah yang beriman..Lahir menjadi seorang pejuang yang tidak pernah goyah akan ombak yang menghempas kuat..
#pesanan untuk diri sendiri,,seorang yang hina..
Wrote by Unknown