LA TAHZAN...KU PUJUK HATI INI..
Bismillahirrahmanirrahim...terlalu lama jari jemari ini berhenti menaip tanpa sebuah kata...
Hmmmm...ini lah diri aku sejak pertamakali jejak kaki kat sini..
Best tu memang best..tapi,sejauh mana kita nak lari kalu dah ditakdirkan Allah nak uji kita??Lari camne pun kita takkan dapat lari dari ini semua..
Kadang-kadang aku selalu jer fikir kenapa Allah uji aku dengan ni semua?
HAH!!sekarang ni baru aku tahu yang Allah sayang sangat kat aku..lalai sangat diri ni...
Tapi..duk termenung lagi mengenangkan kedinginan yang ditunjukkan oleh roommate akuapi ..kenapa dorang cam tak suka aku jer??ker memang dorang tak suka aku??tapi nape?
Sebab aku tegur dorang??...hishhhhhh!sakit otak fikir ni semua...
kadang-kadang ada terfikir jugak nap dorang cam tu..ker sebab aku senyap sangat??
perlu ke aku fikir ni semua?...tapi aku x boleh kalu tak fikir ni semua sebab aku nak tahu nape..nak tanya segan pulak...
tapi kalu dorang memang tak suka aku nak wat camne?nak sabar ker?mampu ke aku sabar kalu 1 sem lebih lagi kena duk menghadao muka dorang...ish3..jahatnya ayat..
Ada juga orang cakap kita tak payah fikir tentang orang yang benci kita..buat bodoh jer,lebih baik kita fikir sejauh mana hubungan kita dengan Allah,...tak gitu??harap2 diri ni lebih tenang tanpa fikir semua ni...
aku kena yakin walaupun dorang benci aku tapi Allah tak ..dan setia bersama aku..InsyaAllah..
ni dah buat muka cute ni..sape2 yang boleh bagi pandangan sikit tentang benda ni boleh kongsi ek...trima kasih..
Alhamdulillah.syukur ke hadrat ilahi kerana masih memberi peluang kepada diri lemah ini untuk terus benafas di atas muka bumi indah ini..syukran..pukul 12 malam tadi genap lah usiaku yang kini menjengah 18 tahun..semakin meningkat semakin berat tanggungjawab kita diatas muka bumi ini sebagai khalifah Allah S.W.T.
Hepi sangat bila dpt msj ucapan dari family dan kawan kawan..syukur sngt dorang masih ingt hari ni..sangat berharap agar diri ini bisa jadi sebaik yang lain..terima kasih sngt2 atas ucapan yang snt brmakna..walaupun berjauhan diriku masih mu ingati.insyaAllah diri mu semua tidak akan dilupakan dalam setiap doaku..amin..juga kenangku didalam doamu..
Bismillah hirrahmanirrahim..assalamualaikum..ya Allah ya Rahman ya Rahim..pembuka bicara untuk semua umat manusia.pejam celik pejam celik dah nak puasa..langsung tak sedar masa semakin pergi meninggalkan diri ini..semakin cepat masa berlalu semakin cepat jua umur dan kenangan menghambat pergi.syukur sangat diri ini masih sempat menikmati anugerah Allah yang sangat besar ini.bulan puasa makin menjengah.diri ini amat berharap agar dengan memjalani ibadah yang mulia ini dapat menjadi platform untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik sebaik bulan mulia ini..
Assalamualaikum..diri ini sedang sepi lantas mencoret sebuah nukilan tentang rasa hati...kat mana aku sekarang??ohh..dekat u rupanya.kadang-kadang rasa macam baru tersedar dari tidur panjang yang teramat lena..
Suatu realiti yang tak mampu aku ubah adalah impian ku untuk terus memperjuangkan jihad ilmu masih bernyawa..Alhamdulillah.terima kasih atas segala rahmat Mu ya Allah sepanjang perjalanan ini diberi kemudahan melalui jalan yang tidak pernah ku sangka..sesungguhnya rahmat Mu sungguh besar untuk insan kerdil ini terlalu besar sehinggakan ada kalanya tercuit rasa malu untuk menghadap Mu...InsyaAllah..perjuangan ini akan terus berjalan tanpa ada noktah kerana impian dan harapan ibu bapa serta keluargaku menjadi tonggak semangat untuk terus berjuang..
Meskipun begitu kadang-kadang ada juga terdetik dihati alangkah cepatnya masa berlalu membawa sekali kenangan di masa lampau yang terlalu indah untuk dikenangkan..tapi ini adalah hakikat yang tak mampu kita lari walau sejauh mana kita berlari.tapi besyukurlah kerana masih diberi kesempatan untuk terus menikmati setiap anugerah Ilahi..aku juga takut andai masa yang cepat berlalu ini turut mengaut segala kenangan itu tanpa meninggalkan walau secebis..tapi aku yakin sangat perancangan Allah adalah yang terbaik.apa yang harus aku lakukan sekarang adalah terus mempersiapkan diri menghadapi dugaan yang mendatang ini.perjuangan harus diteruskan bukan....